SYARAT & PERATURAN DI SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE
Bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE, pihak pengurusan telah menetapkan beberapa perkara yang harus dipatuhi oleh pelajar/ibubapa selama proses pembelajaran dan pengajaran berlaku :
A) YURAN
- Yuran bulanan hendaklah dijelaskan sebelum 10 haribulan pada setiap bulan. Pihak pengurusan SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE berhak menamatkan pembelajaran pelajar berkenaan sekiranya yuran bulanan pelajar gagal dijelaskan untuk tempoh tiga (3) bulan berturut-turut. Sekiranya pelajar/ibubapa/penjaga gagal menjelaskan yuran tuisyen untuk tempoh dua (2) bulan berturut-turut, surat peringatan/pemberitahuan akan dihantar kepada ibubapa/penjaga pelajar.
- Sebarang pembayaran yang telah dibuat tidak boleh dituntut kembali dan sila simpan setiap resit baran yuran bulanan yang telah dibuat untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
- Sekiranya pelajar tidak hadir ke kelas atas alasan sakit atau lain-lain sebab, pelajar boleh memaklumkan pihak/ tenaga pengajar di SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE untuk mendapatkan nota, latihan dan jawapan lengkap pada hari berikutnya.
B) KEDATANGAN
- Ibubapa/penjaga perlu memastikan pelajar hadir ke kelas mengikut jadual tuisyen yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan (jika ada) akan dimaklumkan secara bertulis atau melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (sms) & WHATSAPP atau FB : SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE atau layari blog kami di sakurapintareducationcentre.blogspot.com
- Kelas SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE akan ditutup pada setiap cuti umum dan kelas gantian atau rebet akan dijalankan sekiranya ada jadual yang jatuh pada hari cuti umum tersebut. Sebarang makluman akan diberitahu seminggu lebih awal dari tarikh yang berkenaan.
C) PAKAIAN
- Para pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa menghadiri kelas tuisyen. Pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
- Para pelajar tidak dibenarkan memakai barang kemas, membawa wang berlebihan/barang berharga atau benda-benda tajam dan juga barang mainan ke kelas tuisyen. Pihak SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE tidak akan menanggung sebarang kehilangan/kerosakan barang berharga.
D) DISIPLIN
- Para pelajar hendaklah sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetap oleh pihak tuisyen. Sekiranya pelajar didapati melanggar peraturan-peraturan ini, pihak pengurusan akan memanggil ibubapa bagi membincangkan perkara tersebut. Sekiranya kesalahan masih lagi berulang, tindakan disiplin akan diambil.
- Ibubapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat atau nombor telefon untuk memudahkan perhubungan.
- Para pelajar dilarang sama sekali menconteng meja,kerusi, dinding dan apa jua bentuk hak milik SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE
- Para pelajar dilarang sama sekali merokok di dalam dan di luar kawasan SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE.
E) KESELAMATAN
- Untuk keselamatan pelajar, pihak pengurusan SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE berhak untuk tidak melepaskan pelajar pulang sekiranya terdapat keraguan tentang orang yang menjemput pelajar berkenaan. Oleh itu, ibubapa/penjaga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE sekiranya ibubapa/penjaga menghantar wakil mereka untuk menjemput anak mereka.
F) PROSES PEMBELAJARAN
- Untuk sebarang pertanyan tentang prestasi pembelajaran boleh merujuk terus kepada tenaga pengajar bagi setiap subjek berkaitan.
- Ujian pengasingan tahap kelas (streaming class) akan dilakukan ke atas kelas-kelas yang akan menghadapi peperiksaan besar.
- Jika terdapat sebarang masalah/pertanyan bolehlah terus menghubungi pihak pengurusan SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE .
Pelajar perlu sentiasa mematuhi syarat-syarat berikut :
- Sentiasa berpakaian kemas dan sopan semasa hadir ke kelas.
- Perlu hadir sekurang-kurangnya lima (5) minit sebelum kelas bermula.
- Membawa alat tulis, buku, nota, bahan fotokopi dan kelengkapan lain dengan secukupnya.
- Dilarang sama sekali berlari, bermain dan membuat bising di dalam kelas tuisyen.
- Dilarang makan dan minum di dalam kelas tuisyen
- Dilarang memakai barangan perhiasan yang berlebihan.
- Penggunaan telefon bimbit di dalam pusat tuisyen adalah dilarang sama sekali.
- Para pelajar dilarang sama sekali menconteng meja,kerusi, dinding dan apa jua bentuk hak milik SAKURA PINTAR EDUCATION CENTRE
- Kehadiran tanpa pemberitahuan dan tanpa sebab yang munasabah selama 2 minggu akan dibincangkan.
- Pelajar yang di kenalpasti ponteng , melakukan vandalisme dan perlakuan salah lain akan dikenakan tindakan tatatertib.

